Monday, October 24, 2011

Lipas!!!!!!

Npe tetibe nk cite pasal lipas? eerrr..mlm td sebelum tdo tingat kt lipas..huhu..dei ape da..byk2 bende asal lipas jgk yg kite igt sebelum tdo? rindu kot! ahaks~ *meremang la bulu roma.=D
Kite sebenarnye takut geli ngn lipas ni..lelagi yg bleh terbang tu..eeeeiii

ni ade sedikit info kite nk kongsi..errr..kn x suke lipas..tpi nk amik tau gak psal die..-__-"


Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.
Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.
Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. sumber wiki2

yg jantan de kepak.leh terbang | yg betina xde kepak (yg ni x geli sgt ) =P

kitaran idup lipas

20 fakta best pasal lipas.
  • Nama lipas dalam bahasa Inggeris  ”cockroach” perkataan  ini berasal dari perkataan Sepanyol “cucaracha” yang bermaksud “serangga gila”. Koko Crunch kite suke la..=P

  • Lipas boleh menahan nafas selama 40 minutes. Korang boleh? maut wooo..hahhaha
  • Lipas boleh hidup selama 3-4 minggu tanpa kepala. Pergh~ gile kentang..
  • Jika berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang dapat hidup. HAH!? WTH..then cmne kite nak hapuskan die dr muka bumi ini..grrrrr
  • Lipas mempunyai darah putih. Same cam MAHSURI la..ehehe..dek bradik ke? lol
  • Kebanyakan lipas mempunyai kebolehan untuk terbang, tetapi tidak semua. Geli tauk~
  • Lipas terbesar di dunia merupakan di Macropanesthia rhinocerus dari Australia dengan berat sekurang-sehingga 50 gram. 
ni la die..gemuk kn?


  • Lipas goreng adalah makanan ringan yang biasa di Kemboja, dan juga labah-labah dan tikus.Amacam lipas goreng..mau?
2 sengget 2 senget 2 sengget..hahhahaha

  • Cuba anda menangkap lipas dan anda akan melihat ia susah untuk di tangkap. Pada rusuk mereka lipas mempunyai bulu kecil yang mengesan sedikit pergerakan di udara yang  mendekati haiwan itu. X kuase nk tangkap,nak pijak ade la..
  • Lipas betina dapat membiak tanpa bantuan lipas jantan. Mereka melahirkan semua anak betina. Cmne la spesis ni x byk..huhu
  • Lipas betina akan mengawan sekali sahaja.Selepas itu akan mengandung sepanjang hidupnya. Kalau manusia gini..cmne eik..=P
  • Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani. Camne tu..korang leh bygkn x?
  • Lipas ada gigi dalam perut mereka. X cam serem plak dgr kn..tpi gigi die x melukakn kaki kita..jgn risau k
  • Lipas yang di lumatkan boleh digunakan untuk luka, boleh membantu meringankan sengat. Arwah atuk guna lipas kecik yg byk kt batu tuk ilangkan sakit gigi..lumur dr luar means kt pipi la..mmg geli tpi mujarab!
  • Lipas boleh menukar arahan sehingga 25 kali dalam satu saat. Mmg spesis x gheti dok diam..
  • Jika lipas patah kaki, ia dapat tumbuh semula. bestu die kudung sekejap je la..-__-"
  • Lipas bernafas melalui tepi badannya, dan tidak melalui hidung mereka. Die de idung ke?
  • Lipas dikatakan membelanjakan kira-kira 75% daripada hari hanya untuk duduk diam dan tidak melakukan apa-apa. kite rase die wat yoga la..pppfffttt
  • Lipas ada 6 kaki dan sekurang-kurangnya 18 ‘lutut’. woohhooo..masak klu kne lutot..

  • Lipas boleh berjalan pada kelajuan 3 batu sejam. Kite jalan 15 minit pon da merungut..kikiki
Sumber- Blind
Dalam byk2 lipas yg x best tu..ade gak yg comel..
comel kan?
Dr.Cockroach from muvie Monster vs Alien.

thumbdrive!

yg ni idup ok! mcm2 kn mat salleh ni..-__-"


Kite de xperience lipas msuk dlm baju dan rse die bejalan blakang badan.mase tu Allah sje yg tau..jerit jgn cakap la kn..@_@ *psst~ lipas yg de kepak tu a.k.a lipas jantan..=P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...